
"JOM BERAMAL DAN BERKORBAN UNTUK UMMAH"
Projek kempen "Jom Beramal Dan Berkorban Untuk Ummah" adalah merupakan agenda mencari dan membuka peluang seluasnya untuk beribadah dalam hujung usia dunia ini. Inilah kelebihan yang Allah SWT telah anugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak dikecapi oleh umat terdahulu.
Program ini adalah salah satu dari program kempen yang dilancarkan oleh Diaz Travel & Tours Sdn Bhd. Ibadah Qurban dan Aqiqah juga tidak terhad di Makkah, tetapi di beberapa lokasi seperti di Kemboja, Afrika dan Malaysia dalam menyantuni masyarakat kurang berkemampuan serta harga kos yang mampu milik.
Tawaran yang diusahakan adalah merupakan harga yang sangat berpatutan. Ia bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam melakukan Ibadah Qurban atau Aqiqah seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah meninggalkan ibadah ini sepanjang hidupnya setelah mana ia disyariatkan..
Setiap penyembelihan akan dilaksanakan di Rumah Penyembelihan Makkah, dan lokasi - lokasi lain di beberapa negara terpilih termasuk Malaysia adalah dalam keadaan yang tersusun dan diuruskan oleh pasukan yang sangat terlatih. Mereka juga merupakan pasukan penyembelih yang mempunyai pengalaman menguruskan urusan qurban dan aqiqah ketika musim haji setiap tahun. Adapun program di luar Makkah, ia akan dilakukan oleh wakil kami yang kebiasaannya akan berada sekali dalam proses penyembelihan diadakan seperti di Kemboja dan juga Malaysia. Ia akan dilaksanakan pada musim haji tahun ini (1441 H bersamaan 2020) di seluruh lokasi yang telah ditetapkan.
Pengagihan daging akan diuruskan juga oleh wakil kami yang dipercayai dan mempunyai pengalaman kerja lebih 10 tahun dalam urusan ibadah umrah dan kebajikan di Makkah, Kemboja, Afrika dan Malaysia.
Dalam menjayakan usaha ini, pihak Diaz Travel telah berkerjasama dengan pelbagai pihak seperti rumah sembelih, syarikat pengurusan, kumpulan-kumpulan etnik dan pertubuhan bukan kerajaan bagi melicinkan perjalanan ibadah korban dan akikah ini. Antara yang terlibat secara lansung adalah dari MANTOP PLT, Dhuafa' Sejahtera Malaysia, International Relief and Humanitarian Outreach (IReach Malaysia), Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Kedah dan lain-lain lagi. Mereka ini adalah mewakili pelaksana kuat kepada ibadah korban yang di beberapa negara yang terlibat.
Bagi yang berminat untuk menyertai program qurban atau aqiqah di Makkah dan di lokasi lainnya, boleh melakukan pendaftaran melalui page ini atau menghubungi kami di talian yang disediakan atau klik sahaja button link whatsapp yang telah disediakan.
InshaAllah pihak kami akan membantu untuk memberikan perincian ibadah ini dilaksanakan samada dari bentuk pengurusan dan persoalan hukum hakamnya..
Di samping itu, pihak Diaz Travel & Tours Sdn Bhd juga menawarkan kepada anda untuk berkongsi rezeki dengan merealisasikan pembinaan telaga tiub, wakaf Al Quran, Sedekah Kenduri serta bakul makanan untuk dhuafa'.
Untuk pendaftaran, boleh memilih beberapa pilihan binatang korban serta beberapa lagi inisiatif kongsi rezeki yang telah disediakan:
[MAKKAH]
Qurban/Aqiqah Kambing (Makkah) - 1 Ekor : RM585 RM485
Qurban/Aqiqah Lembu (Makkah) - 1 Bahagian : RM 685
Qurban/Aqiqah Unta (Makkah) - 1 Bahagian :RM 785
[MALAYSIA]
Qurban/Aqiqah Lembu (Malaysia) - 1 Bahagian :RM 650
[KEMBOJA]
Qurban/Aqiqah Kambing (Kemboja) - 1 Ekor :RM 450
Qurban/Aqiqah Lembu (Kemboja) - 1 Bahagian :RM380
[AFRIKA]
Qurban/Aqiqah Kambing (Afrika) - 1 Ekor :RM 450
Qurban/Aqiqah Lembu (Afrika) - 1 Bahagian :RM 360
Qurban/Aqiqah Unta (Afrika) - 1 Bahagian :RM 550
[LAIN-LAIN PERKONGSIAN]
Wakaf Al Quran
1 naskah :RM 30
Telaga Tiub Di Kemboja & Arakan
1 bahagian :RM 150
Sedekah Kenduri / Makan
1 Bahagian :RM 200
Bakul Makanan Dhuafa'
1 keluarga :RM 150
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian:
0197466624